Sunday, 30 December 2012

HATI- HATI KAUM PEREMPUAN!


PERHATIAN !! satu nasihat untuk perempuan sahaja. Jangan approve akaun bernama Aida Arissa Bukhari dia dikenali sebagai Tauke Chun. dia didakwa mencuri ... gambar-gambar perempuan di facebook sebelum masukkan ke dalam blog ape cer. dia buat cerita Seks Melayu untuk jatuhkan maruah perempuan.Hati-hati , dia suka mencuri cun ,bertudung , seksi dan lesbian, bogel dan masukkan dalam blog dia. Kalau anda sedar gambar anda ada didalam blog dia , anda kena buat report polis sebelum pergi aduan kepada cybersecurity malaysia.. Sila sebar kan kepada teman2 , serta adik beradik ,saudara mara , keluarga tersayang !.profilenya sudah tidak dikesan ..dia mungkin telah tukar nama atau pic profile supaya niat jahat dan rakus dapat diteruskan.. !!


Thursday, 27 September 2012

Mengenai Kawan

 ada kawan yang cuba menguji kita

 ada kawan yang nak mengajar kita

 ada kawan yang hendak mempergunakan kita. Tapi, yang paling penting kita kenal kawan yang  memberi semangat, memahami, dan menerima kita seadanya, itulah kawan yang seharusnya ada disisi kita.


Wednesday, 26 September 2012

Tips Kesihatan

*gunakan telinga kiri untuk menjawab telefon
*jangan ambil ubat dengan air sejuk
*elakkan makanan berat selepas jam 5ptg
*minum air lebih diwaktu siang dan kurang diwaktu malam

*masa tidur paling sesuai ialah jam 10malam hingga jam 4pg
*jangan terus berbaring selepas makan ubat
*bila bateri sudah tinggal satu bar.. jangan jawab kerana paras radiasinya adalah 1000 kali ganda

Tuesday, 25 September 2012

KATA LELAKI – WANITA ITU LEMAH


Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....

Besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...

Kerana lembut , wanita
Tidak gemar perbalahan..

Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam, wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat, celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat... di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud...
Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersandar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji

Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi

Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan...

Monday, 13 August 2012


SHOWERS OF BLESSING!
wishing u and family a warm and blessed Aidilfitri, showered with love and happiness,
with laughters n joy!
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.. =)

Thursday, 14 June 2012

LOVE UR LIFE

Life is short, don't waste time worrying about what people think of you~ Hold on to the ones that care, in the end they will be the only ones there.. why ? this is because, life is not measured by the number of breaths we take, but by the moments that take our breath away. yeah,. exactly ! in other words, life is 10% what happens to you and 90% how you react to it. :) and...I've learned that people will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel. so, dont critic peoples life. and people also have nothing to say with our life, because different people have a very different way of life :) REMEMBER, Life isn’t about finding yourself. Life is about creating yourself. You cannot find peace by avoiding life. Laugh as much as you breathe and love as long as you live. Nobody can go back and start a new beginning, but anyone can start today and make a different. Be lamps unto yourselves, be a refuge to yourselves. Hold fast to Truth as a lamp, hold fast to the truth as a  refuge. Look not for a refuge in anyone beside yourselves.  Hope, like faith, is nothing if it is not courageous it is nothing if it is not ridiculous. ..

Thursday, 23 February 2012

Tipu, Menipu, Tertipu @ Ditipu

Tipu.. Tipu.. Tipu.. Wah banyaknya tipu ni, apa hal?
Kenapa aku menipu?
Senangnya aku tertipu,
Memang biasa aku ditipu,

Semua soalan ini selalu merajai hari-hari aku... Cukup ke tidak KETIPUAN yang masih wujud hari ke hari?
Mengapa TIPU ini masih wujud? Sedangkan setiap hari semakin berubah.. Mungkinkah hari ini lebih buruk dari semalam? Sejujur mana semua insan ini? Terpalit lagi ke nilai keadaban kita? Mengapa drastik perubahan ini...... Semua ini bakal menjadi Tinggal Tanda Tanya..................... Hari ke hari.....